Small Cute Grey Red Outline Pointer

Tamadun Rom

Maximum quality for Chrome
1366 x 768 screen resolution

Skin by
Le Vans. xoxo
»
Saturday 28 July 2012



TAMADUN ROM





   Bendera
   





    Jata 






Nama gelaran: The Eternal City
Moto: Senātus Populusque Rōmānus (SPQR)
Roma
Koordinat:  41°54′U 12°30′T

Negara: Itali   
Kawasan: Lazio   
Wilayah: Rom (RM)   
Diasaskan: 21 April 753 SM (tradisional)   
Kerajaan Mayor: Gianni Alemanno    
Luas  Bandar: 496.2 batu persegi (1,285.3 km²)    
Ketinggian: 66 kaki (+20 m)   
Penduduk Bandar: 2,722,907    
Kepadatan: 5,487/batu persegi (2,118/km²)   
Bandar: 3,457,690   
Metro: 3,700,000   
Zon waktu: CET (UTC+1)   
Musim panas (DST): CEST (UTC+2)   
Poskod: 00121 to 00199   
Kod kawasan: 06   
Santo penaung: Santo Peter dan Santo Paul  

Rom (disebut roʊm; Bahasa Itali: Roma; Latin: Roma) merupakan ibu negara Itali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi), manakala penduduk kawasan bandar adalah dianggarkan 3.46 juta oleh Eurostat. OECD menganggarkan kawasan metropolitan Rom mempunyai 3.7 juta penduduk. Bandar ini terletak di bahagian barat-tengah Semenanjung Itali, di sungai Tiber.


Rom juga sering dikaitkan dengan Gereja Roman Katolik dan ketua uskupnya, Paus. Satu enklaf Rom ialah Kerajaan Kota Vatican, wilayah berdaulat Holy See dan negara paling kecil di dunia.


Sebagai satu daripada beberapa bandar utama Eropah yang terselamat dari Perang Dunia Kedua, Rom tengah pada dasarnya kekal dengan ciri Renaissance dan Baroque seperti biasa. Rom adalah desetinasi pelancong ketiga paling dilawati dalam Kesatuan Eropah, dan pusat sejarah disenaraikan UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia. Seperti satu bandar moden ia menjadi ibu negara Itali semenjak 1870, dan bertumbuh terutamanya dalam dua jangka masa salah satu sisi Perang Dunia II.


Asal Usul

Pada 21 April 753S.M, Romulus telah membuka sebuah bandar di sini, di Lembah Latium yang didiami oleh penduduk-penduduk Latin pada masa itu. Pada tahun 1509, Rom telah menubuhkan sistem Republik selepas rakyat bangun menentang rajanya yang memerintah secara mutlak. Penentangan ini dipimpin oleh golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician. Pada masa kedua Masihi, telah wujudnya Majlis Perbandaran untuk mentadbir bandar- bandar di Rom. Pada masa yang sama, Pompei dijadikan bandar contoh. Tamadun Rom merupakan salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia, selain Tamadun Yunani, Indus, India, China dan sebagainya.




Ekonomi







Ibu pejabat Eni di EUR, daerah perniagaan Rom



Dengan KDNK 2005 €94.376 bilion (AS$121.5 bilion), bandar raya itu menghasilkan 6.7% daripada KDNK negara (lebih daripada mana-mana bandar raya yang lain di Itali), dan kadar penganggurannya, dikurangkan dari 11.1% ke 6.5% di antara 2001 dan 2005, kini adalah salah satu daripada kadar terendah di semua ibu negara Kesatuan Eropah. Rom bertumbuh +4,4% setiap tahun dan terus bertumbuh pada satu kadar yang tinggi dalam perbandingan dengan mana-mana bandar lain dalam negara itu.

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAMADUN ROM:
-Berkembang di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di lembah Latium.

Sungai Tiber (Latin: Tiberis, Italia: Tevere) adalah sungai terpanjang ketiga di Italia. Sungai ini bermuara di Pegunungan Apennine di Emilia-Romagna dan mengalir sejauh 406 kilometer (252 mil) melalui Umbria dan Lazio ke Laut Tyrrhenia. Sungai ini diperkirakan memiliki luas 17,375 kilometer persegi. Sungai ini terkenal sebagai sungai utama kota Roma karena Roma didirikan di pinggiran sungai ini.





             Sungai Tiber















-Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.



 








Perkataan Latin yang dijumpai dalam colloseum.

-Pemerintah Rom mewujudkan majlis perbandaran di setiap Bandar.
-Majlis perbandaran telah mewujudkan kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di Bandar.
-Pelbagai kemudahan disediakan di Bandar seperti bekalan air / rumah ibadat / teater/ rumah mandi
awam / istana.



Peranan majlis perbandaran dalam tamadun Rom :


Keistimewaan Bandar Pompei:
-merupakan Bandar contoh dengan pelbagai kemudahan
-mempunyai 5000 penduduk
-terdapat mahkamah,pejabat,dewan,perpustakaan,rumah ibadah,kedai,pintu gerbang,dan colloseum.


Pompeii adalah sebuah kota zaman Romawi kuno yang telah menjadi puing dekat kota Napoli dan sekarang berada di wilayah Campania, Italia. Pompeii hancur oleh letusan gunung Vesuvius pada 79 M. Debu letusan gunung Vesuvius menimbun kota Pompeii dengan segala isinya sedalam beberapa kaki menyebabkan kota ini hilang selama 1.600 tahun sebelum ditemukan kembali dengan tidak sengaja. Semenjak itu penggalian kembali kota ini memberikan pemandangan yang luar biasa terinci mengenai kehidupan sebuah kota di puncak kejayaan Kekaisaran Romawi. 

Sejarah Awal

Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 SM oleh orang-orang Osci atau Oscan, yaitu suatu kelompok masyarakat di Italia tengah. Saat itu, kota ini sudah digunakan sebagai pelabuhan yang aman oleh para pelaut Yunani dan Fenisia. Ketika orang-orang Etruska mengancam melakukan serangan, kota Pompeii bersekutu dengan orang-orang Yunani yang kemudian menguasai Teluk Napoli. Pada abad ke-5 SM orang-orang Samnium mendudukinya (beserta semua kota di Campania). Para penguasa baru ini memaksakan arsitektur mereka dan memperluas wilayah kota. Diyakini juga bahwa selama pendudukan orang-orang Samnium, Roma sempat merebut kembali Pompeii untuk sementara waktu, namun teori ini belum terbuktikan.


Pompeii ikut ambil peranan dalam peperangan yang dimulai oleh kota-kota Campania melawan Roma, namun pada tahun 89 SM kota ini dikepung oleh Sulla. Walaupun tentara Liga Sosial yang dipimpin oleh Lucius Cluentius ikut membantu dalam melawan Roma, pada tahun 80 SM Pompeii dipaksa menyerah setelah Nola ditaklukkan. Pompeii lalu menjadi sebuah koloni Roma dengan nama: Colonia Cornelia Veneria Pompeianorum. Kota ini menjadi jalur penting bagi barang-barang yang datang lewat laut dan harus dikirim ke Roma atau Italia Selatan yang terletak di sepanjang Via Appia yang tidak jauh dari situ.


Pada tahun 62 M, sebuah gempa bumi hebat merusakkan Pompeii bersama banyak kota lainnya di Campania. Di masa antara tahun 62 M hingga letusan besar Vesuvius tahun 79 M, kota ini dibangun kembali, mungkin lebih megah dalam bidang bangunan dan karya seni dari sebelumnya.






























PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

F1. Sistem Beraja

H1a. Dalam tamadun Rom pula, pemerintahannya telah bermula dengan sistem beraja dari tahun 753 S.M. lagi.
H1b. Pada masa itu, Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan.
H1c. Pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin.
H1d. Oleh itu, masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician telah bangun memberontak.

F2. Sistem Republik

H2a. Rom kemudiannya membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M..
H2b. Dalam sistem republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
H2c. Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh.
H2d. Dengan adanya dua orang konsul ini, maka, antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa.
H2e. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan.
H2f. Kebiasaannya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah praeotor, iaitu pemerintah tentera.
H2g. Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
H2h. Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

F3. Pemerintahan Bercorak Empayar

H3a. Sistem republik di Rom ini telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar.
H3b. Perubahan ini berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain) dan beberapa kawasan di Jerman.
H3c. Pemerintahan bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya.
H3d. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasai angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja.

Gaius Julius Caesar (13 Julai 100 SM - 15 Mac 44 SM) ialah seorang ahli politik, jeneral Rom dan penulis yang memainkan peranan yang genting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom. Beliau telah dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada genius tentera dalam sejarah, serta ahli politik yang bijak dan pemimpin yang kuat di dunia kuno. Caesar membuat serangan pertama oleh Rom terhadap Britain pada tahun 55 SM, dan penaklukan Gaul oleh beliau telah memperluas dunia Rom sehingga ke Lautan Atlantik. Sejak beberapa zaman, gelaran "Caesar" telah menjadi lambang pemerintah agung yang berkuasa seperti "Kaiser" dalam bahasa Jerman dan "Tsar" dalam bahasa Slavik. Pada tahun 42 SM, iaitu dua tahun selepas pembunuhannya, Senat Rom telah menerima Caesar secara rasmi sebagai salah satu daripada dewa Rom. Dilahirkan pada bulan Quinctilis (13 Julai), bulan ini kemudiannya diberikan nama "Julai" (daripada nama "Julius") untuk memperingati jasa beliau.





H3e. Gelaran maharaja ini telah diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14 S.M..
H3e. Walaupun memerintah sebagai maharaja, namun, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom.
H3f. Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun.
H3g. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romatia (Keamanan Rom).
H3h. Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa Dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.
 












Augustus Caesar



Perundangan


Hukum kanun 12 ialah undang- undang yang pertama.
Ia dipahat pada kayu papan 12 dan diletakan di tempat awam.
Lahir pada zaman Republik, kemudian Maharaja Justinian mengemaskini dan membukukannya.
Beliau akhirnya melahirkan Kod Undang – undang Rom yang dikenali sebagai Undang – undang Justinian.


 


















                 Maharaja Justinian.
  

Perluasan kuasa



  • Augustus Caesar – mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin
  • Beliau telah dilahirkan di Rom (atau Velletri) pada 23 September 63 SM dengan nama Gaius Octavius. Bapanya juga bernama Gaius Octavius dan berketurunan keluarga terhormat darjah kebesaran equestrian akan tetapi tidak terkenal dan merupakan gabenor Macedonia. Tidak lama selepas kelahiran Octavius, bapanya telah memberikannya gelaran Thurinus, yang berkemungkinan bersempena kemenangannya di Thurii menghadapi penentangan hamba-hamba. Ibunya, Atia merupakan anak saudara kepada Julius Caesar yang kemudian menjadi jeneral Rom yang paling berjaya dan menjadi diktator. Dia menghabiskan tahun-tahun awalnya di rumah datuknya berhampiran Veletrae (nama moden Velletri). Pada 58 SM, semasa beliau berusia empat tahun, bapanya telah meninggal dunia. Bapa tirinya, Lucius Marcius Philippus kemudian telah menjaganya.
  • Pada 51 SM sewaktu beliau berusaha sebelas tahun, Octavius telah berucap di pengebumian neneknya Julia, kakak kepada Julius Caesar. Caesar meminta Octavius mengikuti rombongannya dalam kempen di Afrika, akan tetapi dibantah Atia, yang mengatakan bahawa dia terlampau muda. Atia akhirnya memberikan kebenarannya pada tahun berikutnya iaitu 46 SM untuk menemani Caesar di Hispania, akan tetapi Octavius sendiri telah jatuh sakit dan tidak dapat mengembara. Setelah pulih, dia berlayar ke kawasan pertembungan, tetapi kapalnya karam. Beliau bersama beberapa orang sahabat berjaya menyelamatkan diri ke persisiran pantai dan merentasi kawasan musuh ke kem ketenteraan Caesar, dan ini membuatkan datuk saudaranya itu kagum. Caesar dan Octavius telah pulang dalam pedati yang sama, dan Caesar telah secara rahsia menukar kandungan wasiatnya.

Pendidikan


Dalam tamadun Rom, pendidikan amat menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom. Sebab itulah Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.

Pada peringkat awal perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan, Rom banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani. Pusat pentadbiran dan ilmu berkembang dengan pesat di bandar-bandar di seluruh empayar Rom. Pusat pendidikan ini telah melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya. Pusat pendidikan ini juga telah dapat melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom.


Sejarah pendidikan Rom mempunyai 3 peringkat iaitu:
a. pendidikan zaman kuno (530 SM – 250 SM)
b. pendidikan zaman peralihan (250 SM – 159 SM)
c. pendidikan zaman baru/moden (zaaman keemasan dan zaman kemerosotan)
Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah sebagai institusi pendidikan. Kanak-kanak dididik di rumah. Mereka belajar mematuhi dan mencontohi orang tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan. Pada kira-kira tahun 450 SM barulah wujud sekolah untuk belajar membaca dan menulis tentang agama dan undang-undang negara ( yang terkenal pada masa itu ialah Undang-Undang Dua Belas). Setiap kanak-kanak dikehendaki menghafal dan mengingat kandungan undang-undang itu dan pelajaran undang-undang itu menjadi asas bagi perkembangan kesusasteraan Roman masa itu. Pada zaman peralihan iaitu pada peringkat permulaannya, sekolah rendah mula didirikan yang dipanggil juga sebagai ‘Sekolah Sastera’. Sekolah ini belum dipengaruhi oleh pengaruh Greek. Di sekolah ini kitab Odisa diajar kepada kanak-kanak yang ditulis dalam bahasa Latin. Beberapa tahun selepas itu didirikan sekolah-sekolah pidato dan pelajaran nahu Greek. Akhirnya sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Latin. Pada zaman baru/moden Rom iaitu di peringkat Rom mencapai zaman keemasan, cara pendidikan Greek telah mempengaruhi pendidikan Rom hinggakan sekolah nahu/berasaskan bahasa dan retorik yang dihasilkan dari kebudayaan Greek itu telah berkembang pesat di Itali (hingga kezaman pemerintahan Julius Ceasar) dan akhirnya telah menjadi sekolah rasmi dengan mendapat bantuan kewangan dari pemerintah.
Tujuan sekolah-sekolah itu didirikan adalah untuk mengajar membaca dengan secukupnya dan mengarang dengan teliti. Kanak-kanak itu juga diajar kitab-kitab karangan penulis-penulis terkenal Rom, Greek dan Mesir Tua. Sekolah pidato juga didirikan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak muda yang meningkat umur 15 tahun dan yang telah tamat pelajarannya di sekolah rendah. Mereka yang belajar di sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang ingin bekerja sebagai peguam, ahli politik dan dalam jabatan-jabatan penting. Walau bagaimanapun pendidikan serupa ini terhad di kalangan sedolongan kecil orang Rom sahaja. Selain dari latihan pidato, terdapat juga pelajaran lain seperti pelajaran mekanik, ilmu falak, ilmu falsafah, muzik dan nyanyian.Perlu ditekankan di sini bahawa pada zaman republik Rom, kanak-kanak diajar membaca, menulis, bermain pedang dan berenang oleh ibu bapa secara peribadi. Pengajaran membaca biasanya dipertanggungjawabkan kepada paedagogus (seorang hamba yang berfungsi sebagai pembimbing, penjaga dan hamba kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka). Secara keseluruhannya, pendidikan di Rom ini lebih menekankan kepada tiga kemahiran iaitu membaca, menulis dan mengiraPada zaman kemerosotan Rom iaitu pada kurun Pertama Masihi (zaman keruntuhan kerajaan republik), pendidikan turut merosot akibat kelemahan kerajaan. Kerajaan yang lemah mengakibatkan kurang penekanan atau perhatian terhadap bidang pendidikan.

Falsafah

1. Mengambil falsafah Yunani contohnya falsafah Rom (stoisisme) diasaskan oleh Zeno (ahli Yunani).
2. Falsafah ini mengajar kebahagian dan nasib manusia bergantung kepada alam, penekanan kepada keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan

Sains dan Teknologi.

1. Boethius – mendapat pengaruh matematik Yunani, beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri, astronomi.
2. Ilmu pelayaran (ciptaan perahu layar) – memajukan perdagangan dengan Yunani, India dan China.

Seni Bina.

1.Aqueduct – bekalan air.
2. Colloseum – pahlawan bertarung dan teater.
Akuaduk adalah struktur kanal / saluran penyediaan air yang dapat diatur / dinavigasikan, dibangun dengan fungsi utama untuk mengalirkan air. Dalam Ilmu keteknikan modern, istilah ini dipakai untuk berbagai macam sistem pipa, selokan, kanal, terowongan dan struktur lain yang digunakan untuk tujuan tersebut Dalam penggunaan yang lebih sempit, akuaduk yang juga disebut dengan jembatan air ini mengalirkan air melintasi rentang jarak tertentu sehingga muka airnya tetap sama di kedua sisi. Akuaduk yang besar dan dapat dikendalikan dapat digunakan sebagai jalur transportasi kapal atau rakit. Kata Aqueduct diturunkan dari bahasa Latin aqua yang berarti air dan ducere yang berarti mengarahkan.
Meskipun kerapkali dikaitkan dengan Romawi Kuno, aqueduct juga telah dirancang lebih dahulu di Timur Dekat dan sub-benua India, dimana orang-orang Mesir dan Harappa membangun sistem irigasi yang mengagumkan. Akuaduk gaya Romawi dipakai pada awal abad ke-7 SM, ketika bangsa Assyria membangun akuaduk sepanjang 80 km dari batu kapur / limestone, setinggi 10 meter dan 300 m lebarnya, mengangkut air melintasi lembah ke kota besar mereka, Nineveh.
Di Dunia Baru, ketika kota Tenochtitlan, Ibukota Aztec ditemukan pada milenium kedua, kota ini diairi dengan dua aqueduct.
Sub Benua India memiliki beberapa aqueduct sederhana, terlihat pada situs Hampi pada masa sekarang. Aqueduct masif dekat sungai Tungabhadra mensuplai air irigasi sepanjang 15 mil (24 km).
Di Persia dibangun sistem aqueduct bawah tanah benrama Qanat, semacam dinding-dinding pembatas vertikal yang disusun seri dan dihubungkan dengan terowongan yang melandai dengan teratur. Salah satu kelebihannya adalah dapat mengalirkan air hingga tempat yang jauh pada musim kering tanpa kehilangan banyak air akibat rembesan dan penguapan.
Akuaduk karya bangsa Romawi dibangun di seluruh bagian Kekaisaran Roma, dari Jerman ke Afrika dan terutama di kota Roma yang jika ditotal seluruhnya sepanjang 415 km. Akuaduk menmasok air ke kota-kota besar melintasi kerajaan dan membuat patokan teknis yang tidak terlampaui hingga lebih dari seribu tahun.
Dekat Kota Peru di Nazca, Sistem akuaduk kuno Pra-Kolombia bernama Puiqos dibangun dan masih digunakan hingga sekarang. Puiqos terbuat dari batu disusun berliku-liku. Kala pembangunannya masih diperdebatkan, namun beberapa bukti menunjukkan waktunya adalah sekitar tahun 540 - 552 masehi, sebagai respon atas kekeringan di wilayah tersebut.


 












Akuaduk kuno di Banten.

 

 
Colosseum.














Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72,dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.
Bahasa dan Kesusasteraan
Penulis dan penyajak patriotisme – Cicero dan Virgil
Marcus Tullius Cicero (3 Januari 106 SM – 7 Desember 43 SM) adalah orator dan negarawan Romawi kuno yang mumnya dianggap sebagai ahli pidato Latin dan ahli gaya prosa.


 


 Cicero



Publius Vergilius Maro (Virgil dalam bahasa Inggris), adalah pujangga kenamaan Romawi. Karya-karyanya yang berupa puisi pastoral dan epik dalam bahasa Latin, berpengaruh besar terhadap karya-karya sastra selanjutnya seperti La Divina Comedia dari Dante Alighieri, atau Paradise Lost dari John Milton.
Bersama-sama dengan pujangga Horatius dan sejarawan Livius, karya-karyanya menandai era keemasan sastra Latin klasik periode Augustan.



Sistem Sosial

Terbahagi tiga – warganegara (orang Rom), bukan warganegara (penduduk taklukan) dan hamba.
Sumbangan Tamadun Rom
1. Tamadun Rom mewariskan sistem pemerintahan republic.
2. Unsur demokrasi melibatkan rakyat dalam pemilihan Presiden.
3. Pembentukan Dewan Senat dan Dewan perhimpunan dalam pentadbiran seperti di India,
Peranchis dan Afrika Selatan.
4. Konsep politik seperti senat, dictator, veto dan censor adalah warisan Rom.
5. Sistem pemerintahan berpusat hasil penyatuan wilayah dengan mewujudkan Majls
Perbandaran dengan Bandar-bandar terancang.
6. Sistem perundangan Rom yang meletakkan manusia sama disisi undang-undang dan
Keadilan kepada setiap individu digunakan hingga hari ini.
7. Hukuman berasaskan bukti yang sahih dengan seseorang tidak akan bersalah sehingga
Terbukti bersalah.
8. Kalender berasaskan kalender Rom seperti Julai dan Ogos sempena nama Julius Caesar
Dan Maharaja Augustus.
9. Sistem pendidikan berdasarkan aplikasi ilmu untuk diparaktik dan semangat setia kepada
Negara menjadi panduan pada hari ini.
10. Ilmu falsafah Stoisme menjadi rujukan ahli falsafah moden.
11. Kemajuan bidang matematik moden berasaskan matematik Boethius memperkenalkan
Campur. Tolak, bahagi dan geometri.
12. Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum arked, pantheon menjadi rujukan pusat
Pelancongan hari ini.
13. Bahasa latin menjadi bahasa rujukan zaman ini.
14. Tulisan Phonesia diubahsuai menjadi tulisan rumi yang diguna pakai hari ini.

words spilled @ 08:34 / leave goosebumps here

»Colosseum Rom (I)
Sunday 22 July 2012

words spilled @ 05:15 / leave goosebumps here

»Colosseum Rom (II)

words spilled @ 05:14 / leave goosebumps here

»Kegemilangan Empayar Rom

words spilled @ 04:55 / leave goosebumps here

»Empayar Rom yang mempunyai kekuatan.



Latihan bagi Tamadun Rom

1)   * Pembinaan aqueduct      * Pembinaan colloseum
Negara manakah yang memainkan peranan penting dalam bidang tersebut?

A Rom
B Sparta
C Yunani
D China


2)   * Pax Romana ( Keamanan Rom )

________ telah berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom yang kekal selama _______ tahun.

A Julius Caesar             ; 100
B Maharaja Justinian    ; 200
C Augustus                   ; 200
D Alexander the Great ; 100

3) Mengapakah pengurusan bandar di Rom dikatakan hampir sama dengan konsep yang wujud pada hari ini? 

A  Adanya majlis perbandaran
B  Mementingkan taraf kesihatan
C  Kadar cukai yang berpatutan
D  Kemajuan sistem perhubungan

4) Walaupun terdapat hakim-hakim yang mahir dalam sistem perundangan Rom, namun Maharaja Justinian berusaha membukukan undang-undang. Mengapa?

A  Membolehkan pengamal undang-undang meneliti kesalahan
B  Memudahkan rakyat untuk membuat rujukan
C  Megelakkan daripada kemusnahan
D  Mengatasi masalah undang-undang yang banyak

5) Bagaimanakah Rom menjadi sebuah republik pada tahun  509  S.M. ?

A Penaklukan orang gasar
B Pertabalan Maharaja Augustus
C Pemberontakan golongan patrician
D Penjajahan Julius Caesar

6) Berikut adalah cabang-cabang Undang-undang Rom kecuali 

A Undang-undang sivil
B Undang-undang awam
C Undang-undang rakyat
D Undang-undang natural

7) Jurutera-jurutera yang dilahirkan dari pusat pendidikan Rom penting untuk tujuan berikut kecuali

A  Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
B  Membina sistem pengairan
C  Membina bangunan
D  Pembangunan jalan raya 

8) Fungsi colloseum di Rom ialah
A  Rumah berhala
B   Tempat bertarung
C   Tempat menjalankan kerja awam 
D   Pusat pendidikan  


____________________Tamat soalan______________________

1.A
2.C
3.A
4.D
5.D
6.B
7.A
8.B




 











words spilled @ 04:54 / leave goosebumps here

Blogger Widgets