ยปEmpayar Rom yang mempunyai kekuatan.
Sunday, 22 July 2012
Latihan bagi Tamadun Rom
1) * Pembinaan aqueduct * Pembinaan colloseum
Negara manakah yang memainkan peranan penting dalam bidang tersebut?
A Rom
B Sparta
C Yunani
D China
2) * Pax Romana ( Keamanan Rom )
________ telah berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom yang kekal selama _______ tahun.
A Julius Caesar ; 100
B Maharaja Justinian ; 200
C Augustus ; 200
D Alexander the Great ; 100
3) Mengapakah pengurusan bandar di Rom dikatakan hampir sama dengan konsep yang wujud pada hari ini?
A Adanya majlis perbandaran
B Mementingkan taraf kesihatan
C Kadar cukai yang berpatutan
D Kemajuan sistem perhubungan
4) Walaupun terdapat hakim-hakim yang mahir dalam sistem perundangan Rom, namun Maharaja Justinian berusaha membukukan undang-undang. Mengapa?
A Membolehkan pengamal undang-undang meneliti kesalahan
B Memudahkan rakyat untuk membuat rujukan
C Megelakkan daripada kemusnahan
D Mengatasi masalah undang-undang yang banyak
5) Bagaimanakah Rom menjadi sebuah republik pada tahun 509 S.M. ?
A Penaklukan orang gasar
B Pertabalan Maharaja Augustus
C Pemberontakan golongan patrician
D Penjajahan Julius Caesar
6) Berikut adalah cabang-cabang Undang-undang Rom kecuali
A Undang-undang sivil
B Undang-undang awam
C Undang-undang rakyat
D Undang-undang natural
7) Jurutera-jurutera yang dilahirkan dari pusat pendidikan Rom penting untuk tujuan berikut kecuali
A Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
B Membina sistem pengairan
C Membina bangunan
D Pembangunan jalan raya
8) Fungsi colloseum di Rom ialah
A Rumah berhala
B Tempat bertarung
C Tempat menjalankan kerja awam
D Pusat pendidikan
words spilled @ 04:54 /
leave goosebumps here ⋄